Sejarah asal usul nasi dagang
Secara asasnya, sejarah nasi dagang ini dikatakan bermula apabila nasi dagang
dihasilkan bertujuan untuk diper’dagang’kan kerana ia merupakan makanan yang
enak, tahan lama, mengenyangkan dan boleh dimakan pada bila-bila masa. Hidangan
nasi dagang ini pada suatu masa dahulu amat terkenal di beberapa buah kawasan,
seperti selatan Thailand (Narathiwat, Pattani dan Songkhla), Kelantan dan
Terengganu.
Terdapat pelbagai versi dan kisah yang
diceritakan mengenai sejarah dan asal usul terhasilnya nasi dagang ini. Mari
kita lihat dahulu asal usul nasi dagang ini berdasarkan kisah dan versi yang
diceritakan dari negeri Kelantan. Kisah asal usul nasi dagang ini di Kelantan
ini membawa kita kepada kisah Puteri Saadong yang merupakan antara Raja
Perempuan yang memerintah negeri Kelantan di antara tahun 1667 hingga 1671 dan
nasi dagang ini dikatakan telah dicipta dan dihasilkan oleh Puteri Saadong ini.
Puteri Saadong merupakan anak perempuan
kepada Datuk Loyor dan datuknya adalah Raja Sakti. Puteri Saadong ini telah
dijadikan sebagai anak angkat oleh Cik Siti Wan Kembang, iaitu Raja Perempuan
Kelantan. Baginda juga berkahwin dengan sepupunya, iaitu putera kepada Sultan
Samiruddin (Raja Jembal), yang bernama Raja Abdullah.
Berdasarkan sebuah kisah yang kerap
diceritakan oleh orang-orang tua, dikatakan bahawa salah seorang daripada Raja
Siam telah terpesona dengan kecantikan Puteri Saadong dan telah menangkapnya
untuk dibawa ke Siam bertujuan untuk mengahwininya. Namun, terdapat suatu yang
ajaib pada Puteri Saadong di mana Raja Siam tersebut langsung tidak dapat
mendekati atau menyentuuhnya. Malah, Raja Siam itu juga mempunyai sejenis
penyakit kulit misteri yang tidak dapat disembuhkan untuk suatu tempoh masa
yang lama.
Puteri Saadong yang mengetahui akan rahsia
Raja Siam ini telah menawarkan diri untuk membantu menyembuhkan penyakit yang
dialami oleh Raja Siam tersebut. Namun, Puteri Saadong telah mengenakan syarat,
bahawa baginda harus dihantar pulang ke Kelantan sekiranya Raja Siam berjaya
sembuh daripada penyakit berkenaan. Dengan izin Tuhan, maka hasil rawatan yang
diberikan oleh Puteri Saadong, Raja Siam tersebut telah sembuh dan baginda
terpaksa menunaikan janjinya terhadap Puteri Saadong.
kisah asal usul dan sejarah nasi dagang bagi versi negeri
Terengganu. Kisah nasi dagang Terengganu ini sebenarnya lebih kepada kisah para
nelayan yang menjadi pekerjaan utama bagi penduduk Terengganu pada suatu ketika
dahulu. Kisahnya ringkas sahaja, di mana masyarakat nelayan di Terengganu
dikatakan telah menghasilkan nasi dagang sebagai bekalan buat mereka ketika di
lautan. Nasi ini yang dihasilkan dengan santan dan mempunyai lauk ikan yang
berkuah, bertujuan untuk memberi tenaga yang mencukupi untuk mereka bertahan di
lautan.
Malah, suatu ketika dahulu, golongan nelayan yang tinggal
berhampiran dengan istana di Terengganu turut mempersembahkan hidangan nasi
dagang ini ke istana pada setiap kali menjelangnya perayaan Hari Raya
Aidilfitri. Ini dianggap sebagai satu simbolik kerana hidangan nasi dagang juga
merupakan antara hidangan kegemaran golongan kerabat istana dan merupakan
hidangan istimewa pada setiap kali acara dan perayaan di Terengganu.
No comments:
Post a Comment