Kisah saya
Nasi Dagang Finaz
adalah turun temurun dari arwah mak saya dikenali Nik Jah ketika itu bermula
niaga sekitar pada tahun 1977. Sejak saya belum lahir lagi dia bermula meniaga
nasi dagang dan lain2 menu makanan Kelantan dan juga kuih2 didepan rumah
setinggan di pantai dalam ketika itu. Manakala abg & kakak saya akan
menjaja kuih2 sekeliling kampung rumah setinggan.
Manakala ayah saya
pula ketika itu kerja sebagai pemandu bas membesarkan kami semua 7 beradik dan
saya adalah anak bongsu , kami tinggal di kawasan setinggan pantai dalam.
Dipendekkan cerita
selama lebih 20 tahun mak saya berniaga sehingga dikenali ramai sekitar lembah
klang. Perniagaan mak dibantu oleh kak Yan saya & adik beradik lain
sehinggalah mak saya sakit strok pada tahun 1999. Kedai tutup, perniagaan tutup.
Kak Yan saya pula mula menjaga mak saya. Adik beradik lain dgn kerja masing2
dan saya masih sekolah lagi. Ketika ni perbelanjaan banyak utk perubatan mak.
Kehidupan kami bertambah sukar.
Pada November tahun
2004 mak saya meninggal dunia. Kemudian pada Ogos tahun 2010 ayah saya pula
meninggal dunia. Pada tahun sekitar 2012 ketika saya masih bekerja, saya ada
mengajak kak Yan saya mula berniaga semula kerana masakan dia dapat diwarisi
dari arwah mak saya. Tetapi dia kata belum bersedia utk meniaga. Manakala adik
beradik lain dengan kerja dan keluarga masing2.
Pada tahun awal tahun 2019 saya mengajak dia lagi. Dan dia dah bersedia memasak kembali untuk berniaga. Alhamdullilah… dan sehingga sekarang kami dah meniaga dan mula membina kembali menyambung generasi perniagaan arwah mak kami dengan trademark kami adalah Warisan Nik Jah 1977.
FB Page : Nasi Dagang Finaz
Google : Dapur Finaz
Pantai Dalam KL
FB : Nik Mey
Whatapps : 0176900407

No comments:
Post a Comment